♦ Puasa.
(0 letter)
 Pada tarikh 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433h,umat Islam diwajibkan menunaikan rukan Islam yang ke-tiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183) "

 Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.Masa bulan puasa ini,kenalah cakap benda baik dan banyak bersabar.Jangan nak ketupat (mengumpat) je.

#FactAboutMe : Tak berapa suka minum air milo.

♦ Exam and Hari Guru
(1 letter)
 Just a long time Ain tak update.Sekarang ni tercongok depan tv je.Kalau tak ada benda nak buat,berangan je lah kerjanya.Tidur pun dalam senarai utama.Chaiyok!

 Exam?Hancur beb,sekurang-kurangnya ada A.Masih menanti kertas periksa MT,SN dan BI.BM dapat A *senyum*.Sains aku merepek meraban betul.Jawapan entah apa.Satu benda pun tak faham.English pula aku hentam je buat ayat.Rasanya markah cukup-cukup makan je.

 Esok ada sambutan Hari Guru yang patut disambut minggu lepas tapi ditangguhkan disebabkan exam.Adakah saya sangat kejam tak bagi cikgu hadiah?Saya tak tahu nak bagi cikgu apa.Kelas Ain akan buat persembahan menyanyi.Menyeksakan bila kena nyanyi lagu yang sama berjuta kali.Sakit tekak.Kenapa cikgu tak suruh lelaki nyanyi dan perempuan buat poster?Suara itu aurat perempuan dan perempuan buat poster mesti lagi cantik ;p.

#FactAboutMe : Saya tak hafal lagu negaraku


newer post
older post



Edited by Ain Fadhilah.Full ispiration by NA and CL